TLC: Belajar Menulis Berpandukan Youtube (Siri II)
2 April 2015 | Aktiviti TerkiniProgram ini dijalankan bersama Tadika Lagenda Cemerlang (TLC) sepanjang tahun 2015. Program ICT telah menjadi salah satu subjek di dalam P&P tadika. Program ini telah berlangsung pada 01 April 2015 di bilik latihan Pusat Internet Putrajaya Presint 9 Fasa 10. Kelas ini telah dihadiri oleh 8 orang murid- murid yang berusia 4 tahun. Kelas ini telah dikendalikan oleh Penolong Pengurus PI. Kelas ini dijalankan dengan cara yang lebih kreatif di mana murid- murid dibenarkan menonton video yang terdapat di dalam Youtube. Setiap murid diberikan beberapa helai kertas dan sebatang pensel untuk mempraktikkan cara menulis mengikut langkah yang ditunjukkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: